Kamera: Zoom Lens: Fixed dan Variable Aperture

PENGENALAN

Setiap lens, baik zoom mahupun prime lens, mempunyai aperture maksimum masing-masing. Ia biasanya akan dinyatakan pada lens tersebut.

Contoh kitlens korang sendiri iaitu 18-55mm F3.5-5.6 atau prime lens 50mm F1.8. Angka F3.5, F5.6 dan F1.8 itu menunjukkan aperture maksimum pada lens tersebut.

 

FIXED & VARIABLE APERTURE

Apabila kita membincangkan mengenai Fixed & Variable Aperture pada lens, kita sebenarnya sedang membincangkan mengenai aperture maksimum yg ada pada zoom lens, bukan prime lens.

Ini kerana prime lens sememangnya mempunyai hanya 1 nilai maksimum aperture, contohnya 50mm F1.8, 28mm F2.8, 85mm F1.4. Kesemua prime lens akan menunjukkan hanya 1 angka aperture, kerana focal length-nya hanya 1.

Kita start dgn variable aperture dulu.

Variable Aperture

Sebuah zoom lens dikatakan mempunyai variable aperture apabila terdapat 2 angka aperture yg berlainan pada lens tersebut, misalnya kitlens 18-55mm korang sendiri, di mana 2 angka tersebut ialah F3.5 dan F5.6.

Apakah maksud angka ini?

*utk memudahkan kerja aku, aku ringkaskan focal length kpd FL

  • Pada FL 18mm, aperture maksimum ialah f/3.5.
  • Pada FL 55mm, aperture maksimum ialah f/5.6.

Ingat balik asas Aperture, nilai yg rendah bermaksud aperture itu besar. Maka kita katakan f/3.5 itu aperture besar berbanding f/5.6.

Maka bila korang pakai variable aperture lens mcm kitlens 18-55mm tu, pada FL 55mm, korang takkan boleh pakai aperture yg lebih besar drpd f/5.6 (nilai f yg lebih kecil drpd 5.6). Kalau tak caya try la sendiri, pakai mode M atau Av, mula-mula pakai FL 18mm, set kat f/3.5, pastu korang zoom kpd 55mm, tgk nilai aperture tu akan bertukar kpd f/5.6 dan korang mmg takkan boleh ubah kpd angka yg lebih kecil.

Contoh-contoh lens lain yg termasuk dlm kategori variable aperture:

  • SMC Pentax-DA 50-200mm F4-5.6
  • Sigma 10-20mm F4-5.6
  • AF-S Nikkor 18-70mm F3.5-4.5 (kitlens D70)

Senang cerita, apa sahaja zoom lens yg ada 2 nilai aperture berlainan seperti contoh di atas, adalah termasuk dlm kategori variable aperture lens.

Fixed Aperture

Lawan bg variable aperture ialah fixed aperture.

Dlm bahasa mudah, kalau kat atas ni tadi ada cerita psl 2 angka aperture berbeza, skrg ni utk fixed aperture, zoom lens dia hanya ada 1 nilai aperture maksimum.

  • Tokina 28-80mm F2.8
  • Tokina 12-24mm F4
  • AF-S Nikkor 70-200mm F2.8

Contoh-contoh lain yg agak fofular ialah Tamron 17-50mm F2.8, Tokina 11-16mm F2.8, Nikkor 17-55mm F2.8, Canon 17-40mm F4L dan sebagainya. Pendek kata mana-mana zoom lens yg korang nampak hanya ada 1 nilai aperture, ia termasuk dlm kategori fixed aperture.

 

Teruskan membaca dan gambar-gambar:

http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2013/04/zoom-lens-fixed-variable-aperture.html

This entry was posted in Gadget. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s